KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"Banyak Filem Sekarang Sampah !" - Baca Sindiran Mantap Sharnaaz Ahmad

loading...

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap jujur dan berterus terangnya sekali lagi tampil memberi pandangan mengenai perkembangan filem di negara ini yang disifatkan sebagai sampah.

Banyak filem yang rubbish, kata Sharnaaz menyuarakan isi hatinya kepada media baru-baru ini namun mengecualikan pengarah seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Bade Haji Azmi dan beberapa lagi.

Menurut Sharnaaz, apa yang dikatakannya itu bukanlah bererti dia tidak mahu langsung terlibat dengan bidang lakonan namun akan lebih teliti dalam memilih karya dan juga skrip yang berkualiti.

Selain itu, pelakon yang turut bercita-cita untuk berlakon di dalam produksi Hollywood ini juga menyuarakan pendapat mengenai lambakan drama bersiri yang ditayangkan di televisyen ketika ini adalah bermula daripada novel.

Negara kita banyak penulis skrip drama yang baik. Kalau asyik angkat novel sahaja, bagaimana nasib mereka? Bukan tak boleh novel dijadikan drama bersiri, sebaliknya biarlah balance. Saya pun tidak menolak selama-lamanya berlakon drama daripada novel, katanya kepada Mangga Online.
loading...

0 Response to ""Banyak Filem Sekarang Sampah !" - Baca Sindiran Mantap Sharnaaz Ahmad"

Post a Comment