KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

RM 5 JUTA BIL LELAKI TERBERAT DI DUNIA....SELEPAS MENJALANI BEBERAPA PEMBEDAHAN...anda tentu TIDAK PERCAYA , yang lelaki SEBERAT 445 KG..MENJADI......

loading...

RM5 Juta Bil Perubatan Lelaki Paling Berat Di Dunia



#Paul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik.

#Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur.

#Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: “Perjalanan saya masih jauh.”

#Dia berikrar untuk menjadi lelaki yang paling gemuk di dunia kepada lelaki yang paling banyak turun berat badan.

#Bil perubatan untuk membantu Mason menurunkan berat badan dipercayai mencecah (RM5 juta).

#Mason, 51, mengaku: “Saya malu digelar lelaki paling gemuk di dunia kerana sedar saya yang menyebabkan diri saya dalam keadaan seperti itu.

#“Kini, saya yakin akan menjadi orang paling berjaya melangsingkan badan di dunia. Tetapi, perjalanan saya masih jauh.

#“Saya mahu mencapai antara 88 hingga 95 kilogram, berat badan yang sihat untuk seseorang dengan ketinggian 1.98 meter.

#“Saya bangga kerana dapat menunjukkan kepada orang lain yang mempunyai masalah berat badan mengenai apa yang boleh mereka capai,” katanya.

#Mason pernah satu ketika makan makanan 20,000 kalori sehari, kira-kira 10 kali ganda daripada tahap yang disyorkan.

#Dia kini mengubah amalan pemakanannya kepada sayur dengan jumlah yang kecil.

#Lelaki itu sekarang seberat 152 kilogram selepas kehilangan dua per tiga daripada beratnya dulu sama berat dengan tiga petinju heavyweight.

#“Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, berat bedan saya perlu stabil selama dua tahun sebelum mereka menimbang untuk menjalankan pembedahan membuang kulit saya yang menggeleber.

#“Tetapi saya mahu menjalani pembedahan itu secepat mungkin kerana ia akan membolehkan saya bergerak lebih bebas dan membantu menurunkan lebih banyak berat badan saya,” katanya.

#Mason berkata, dia menghadapi masalah kecelaruan makan kesan daripada dibuli ketika zaman kanak-kanak.

#Masalah itu bertambah buruk dengan kematian bapanya pada 1986.

#Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding depan rumahnya dan menggunakan forklif untuk mengusungnya masuk ke ambulans apabila dia perlu menjalani pembedahan hernia ketika berat badannya 355 kilogram.
loading...

0 Response to "RM 5 JUTA BIL LELAKI TERBERAT DI DUNIA....SELEPAS MENJALANI BEBERAPA PEMBEDAHAN...anda tentu TIDAK PERCAYA , yang lelaki SEBERAT 445 KG..MENJADI......"

Post a Comment