KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

TOLONG WAJIBKAN ANAK PAKAI SELUAR DALAM 6 PERKARA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN UNTUK ANAK SEBELUM MASUK SEKOLAH 2017

loading...
1.png
“Nak beli berapa?”
Selalu mak-mak tanya soalan ini kan?
1. UNIFORM SEKOLAH
Belilah tiga pasang kain yang berkualiti. Cukup masa nak rotate nanti. Antara jenama yang berbaloi dibeli, Newberry label hitam kuning ini. Harga RM23.90. Kain cotton berkualiti, warna putih nila, tebal dan tak panas. Bilik darjah tak ada aircond, menggeletik panas kalau tengah hari rembang. Kalau beli kain yang ada campuran polyester itu, selepas rehat baunya azab untuk cikgu dan rakan-rakan. Anak pun tak selesa dah nak belajar bila peluh merecik-recik dalam baju.
2. KASUT SEKOLAH
Cari yang kain penuh dan sarung terus. Tak perlu yang bertali atau velcro tape. Beli dua pasang, seminggu sepasang kasut. Wajib tulis nama anak di tepi kasut. Ya, bukan di dalam atau bawah tetapi tepi kasut. Bayangkan kalau anak hilang kasut, cikgu kena beli 1,000 pasang kasut? Berpeluh dibuatnya.
Di sekolah, anak akan masuk pusat sumber, bilik jqaf, surau, bilik pemulihan dan sebagainya. Semua itu kebanyakkannya memerlukan pelajar menanggalkan kasut. Bila kasut sarung, anak-anak tak perlu nak duduk di atas lantai koridor yang kotor. Uniform sekolah pun tak kotor.
3. TUDUNG SEKOLAH
Beli yang awning lembut itu, putih nila sebanyak tiga pasang. Harga RM10 sehelai. Inner snowcap putih. Kalau tercabut keronsang pun, tudung elok lagi dipakai pada kepala. Kalau tudung lain, cikgu tengok pun kesian. Betul, anak-anak ini kalau pakai elok-elok, di sekolah pun perangai bagus. Tak adalah kurang keyakinan diri. Tak percaya? Cubalah tanya cikgu-cikgu yang lain.
4. BEG SEKOLAH
Beli yang padded straps. Serius, tak kiralah berapa harga (ikut kemampuan masing-masing) tetapi carilah yang padded straps. Beg sekolah berat, SK atau SJKC kedua-duanya berat. Eh? SJKC lagi berat.
Sebelum beli beg yang ada roda, semak dulu kelas anak di mana. Kalau kelas di sarang burung, tak payahlah beli beg beroda. Kalau dalam sekolah banyak tangga (biasa sekolah di bukit banyak tangga), tak perlulah. BEg sekolah sekurang-kurangnya cari yang ada dua compartment. Bukan yang ada satu ruang dan lembik.
5. BOTOL AIR
Ya betul. Wajib ajar anak bawa bekalan air sendiri. Belikan botol air yang 750ml ke atas untuk anak. Paling koman pun, beli saja air mineral di Shell yang jenis sport cap itu. Bukan bagi air yang berwarna-warni ya.
6. SELUAR DALAM
Hmmm…. Tak payah gelak. Ramai okay anak yang pergi sekolah tak pakai seluar dalam. Tolong wajibkan anak pakai seluar dalam. Lima helai seminggu. Kalau yang perempuan, belikan seluar panjang cotton warna hitam atau biru gelap itu tiga helai. Di Big 10 dan Giant, harganya RM9.90 sehelai.
Kalau terselak pun, tak gugur jantung cikgu. Kalau yang pakai pinafore, boleh belikan seluar paras paha warna hitam seperti cycling pantas itu. AEON Tesco, Giant, Big10 jual RM6.90 sehelai.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari Mak Cikgu, Nadia Rahim | The Reporter
Sumber: pixelperfext
loading...

0 Response to "TOLONG WAJIBKAN ANAK PAKAI SELUAR DALAM 6 PERKARA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN UNTUK ANAK SEBELUM MASUK SEKOLAH 2017"

Post a Comment